Monday, November 11, 2013

Tererrnya Novel Melayu Tajuknya Inggeris

Apa sudah jadi dengan maruah Bahasa Melayu? Kebelakangan ini kelihatan galak benar drama dan novel berbahasa Melayu tetapi tajuknya Bahasa Inggeris. Syarikat gergasi seperti "Coca-Cola" pun boleh cetak perkataan yang tidak wujud di dalam kamus Bahasa Melayu seperti "terrernya", "bestgiler". Apakah kita ini bangsa yang keliru, tidak mahir Berbahasa Melayu tidak pula fasih Berbahasa inggeris, "neither here nor there"? Bukankan bahasa itu menunjukkan bangsa...bangsa apa kita ini barangkali? Bangsa "bestgiler" agaknya walaupun "grammar" tunggang-terbalik.....

Saat2 sebegini saya jadi rindu pada zaman Tok Mat, beliau tidak benarkan sama sekali sebarang bahan iklan atau paparan umum merojak dan meranapkan Bahasa Melayu.....


Apabila sebuah syarikat gergasi seperti Coke dan juga seorang Penulis Melayu itu tidak lagi menghormati dan memertabatkan Bahasa Melayu, saya rasa ini satu perkara serius, kerana mereka ini adalah pencetus budaya dan aliran yang bakal menjadi ikutan umum. Di dalam bidang iklan itu sendiri "Studies of Consumer Behaviour" adalah sebahagian dari asas strategi pemasaran. Bermaksud pengiklan mempunyai pengaruh yg sangat besar di dalam melahirkan "budaya" atau "trend" yang sihat atau sebaliknya. Secara dibawah sedar (subliminal) kita dipengaruhi oleh iklan yang mencorak gaya hidup dan pemikiran kita.

Mungkin Coke rasa mereka "terrernya" dan Penulis-penulis itu rasa buku mereka "best giler" apabila "menginggeriskan" produk masing-masing....Ah minda kita ini masih dijajah rupanya! Bila pula John Grisham nak buat buku bertajuk "Peguam Jalanan"? hmmm.....

No comments:

Post a Comment