Sabtu lalu saya berhenti di luar pintu masuk Petronas menunggu anak buah masuk membeli "top up" handphone. Ketika menggerakkan kereta untuk beredar, tiba-tiba terdengar bunyi yang agak kuat. Saya terlanggar sebuah motorsikal yang diparkir betul-betul di bucu hadapan kereta saya. Memang saya tidak nampak langsung motor tersebut. Saya akui memang salah saya. Saya mengundurkan kereta untuk parkir dan mencari pemilik motor tersebut. Belum sempat saya keluar dari kereta muncul seorang wanita dalam usia 30an bertudung keluar mengangkat motorsikalnya. Saya pun mengangkat tangan dan mengucapkan maaf. Dia hanya merenung kami tajam.
Memikirkan dia tidak mendengar permintaan maaf saya, saya memandu kereta ke depan sedikit dan membuka cermin sambil mengucapkan maaf berkali-kali dan memberitahu kepadanya saya tidak sengaja. Dia hanya memandang kami dengan renungan tajam ke atas-ke bawah dengan ekspesi penuh kebencian tanpa sepatah kata mahupun menganggukkan kepala. Saya pun berlalu pergi sambil memandang ke cermin sisi dan pasti motosikalnya tidak ada sedikit calarpun.
Dalam hati saya berkata mengapa harus marah sebegitu sekali... memang saya salah. Tetapi dia juga salah kerana parkir di tempat yg tidak sepatutnya sedangkan tempat untuk parkir motor hanya di depan dia dan kosong pula. Lagi pula kereta saya yang sedikit calar sedangkan motornya tidak apa-apa. Walhal boleh saja kalau saya beredar sebelum dia keluar tanpa berusaha untuk memohon maaf. Saya pasti dia juga insan biasa yang pernah berbuat silap.
Benarlah kata seorang teman -- "Budi Bahasa dan Ungkapan Maaf sudah semakin kurang diucapkan sehinggakan kita sudah tidak tahu bagaimana untuk bertindakbalas apabila orang meminta maaf ataupun berbudi bahasa kepada kita". Pesan saya kepada anak-anak buah yang berada di dalam kereta melihat kejadian itu..."Kalau orang meminta maaf, maafkanlah dia bukan untuk org yg bersalah itu tetapi untuk diri kita supaya tidak menjadi Insan Pemarah dan Berdendam".
Monday, November 25, 2013
Monday, November 11, 2013
Tererrnya Novel Melayu Tajuknya Inggeris
Apa sudah jadi dengan maruah Bahasa Melayu? Kebelakangan ini kelihatan galak benar drama dan novel berbahasa Melayu tetapi tajuknya Bahasa Inggeris. Syarikat gergasi seperti "Coca-Cola" pun boleh cetak perkataan yang tidak wujud di dalam kamus Bahasa Melayu seperti "terrernya", "bestgiler". Apakah kita ini bangsa yang keliru, tidak mahir Berbahasa Melayu tidak pula fasih Berbahasa inggeris, "neither here nor there"? Bukankan bahasa itu menunjukkan bangsa...bangsa apa kita ini barangkali? Bangsa "bestgiler" agaknya walaupun "grammar" tunggang-terbalik.....Saat2 sebegini saya jadi rindu pada zaman Tok Mat, beliau tidak benarkan sama sekali sebarang bahan iklan atau paparan umum merojak dan meranapkan Bahasa Melayu.....
Apabila sebuah syarikat gergasi seperti Coke dan juga seorang Penulis Melayu itu tidak lagi menghormati dan memertabatkan Bahasa Melayu, saya rasa ini satu perkara serius, kerana mereka ini adalah pencetus budaya dan aliran yang bakal menjadi ikutan umum. Di dalam bidang iklan itu sendiri "Studies of Consumer Behaviour" adalah sebahagian dari asas strategi pemasaran. Bermaksud pengiklan mempunyai pengaruh yg sangat besar di dalam melahirkan "budaya" atau "trend" yang sihat atau sebaliknya. Secara dibawah sedar (subliminal) kita dipengaruhi oleh iklan yang mencorak gaya hidup dan pemikiran kita.
Mungkin Coke rasa mereka "terrernya" dan Penulis-penulis itu rasa buku mereka "best giler" apabila "menginggeriskan" produk masing-masing....Ah minda kita ini masih dijajah rupanya! Bila pula John Grisham nak buat buku bertajuk "Peguam Jalanan"? hmmm.....
Subscribe to:
Posts (Atom)