Emak bercerita tentang seorang hamba Allah, warga Indonesia ini… dia memandu kereta buruknya di kawasan perumahan. Dia ternampak ada sepohon mangga yang lebat buahnya di dalam pagar sebuah rumah. Lalu dia memberhentikan keretanya, memberi salam dan memohon kebenaran dari tuan rumah untuk memetik buah mangga barang 5-6 biji. Tuan rumah pun memberikan kebenaran memandangkan hamba Allah itu memintadengan baik. Apalah sangat 5-6 biji di dalam fikirannya.
Apabila dia membuka but kereta untuk menyimpan buah mangga itu maka ternampaklah oleh si Tuan Rumah akan but kereta yang dipenuhi dengan berpuluh-puluh mungkin juga beratus buah mangga. Pastilah mangga-mangga itu untuk diniagakan fikir Tuan Rumah, lantas merasa dirinya tertipu.
Bagi saya hamba Allah berbangsa Indon ini sangat bijak orangnya dan Tuan Rumah itu pula sepatutnya merasa sangat bersyukur. Bijak ~ kerana dia melihat ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk mencari rezeki. Dia tidak mencuri, tidak meragut, tidak mengedar dadah, tidak menjadi samseng untuk buat duit, dan yang paling penting tidak memberi atau menerima rasuah mahupun menggunakan kroni untuk mendapatkan mangga itu. Dia telah meminta izin secara baik. Justeru itulah Tuan Rumah patut bersyukur ~ kerana dia telah diberi peluang untuk berbuat amal dan merebut pahala dengan menyumbang kepada rezeki seseorang.
Sebuah kisah benar untuk kita sama-sama renungkan…..
Selamat Malam.
