Hari ini aku ingin bercerita tentang perangai graduan zaman ni. Ini adalah di antara sifat-sifat graduan alaf baru yang nampaknya seakan-akan telah menjadi satu amalan budaya yang amat merisaukan aku, tetapi satu norma bagi mereka.......
- kalau panggil temuduga, mesti diatur mengikut tarikh dan masa mereka. Kalau tidak then it's ok to them - may be sebab kat luar tu berlambak orang berebut nak interview dia....
- bila dah set jadual untuk interview, dia datang lambat kadang sampai lebih setengah jam. Don't even bother to inform us. Datang buat muka selamba je. Dia ni bagus pasal jenis yang tidak hipokrit. Awal-awal dah tunjuk perangai sebenar. So kalau ambik dia bekerja, don't expect him/her to come to work early.
- ada yang lansung tak turn up masa interview. Sebelum tu beriya-iya call 2-3 kali tanya tempat, company background. Bila kita call guarantee handphone dia off! Kalau tak berminat pun apa salahnya bagi courtesy call. Oooooooh lupa perkataan "courtesy" takde dlm kamus hidup dia orang.
- yang paling best, yang kita dah offer the job and agree to accept the offer....tiba hari they suppose to report for duty, lansung tak nampak batang hidup, cuping telinga, bulu kening dan anggota badan yang lain. As expected call dia macam nak gila, handphone dia matikan lah. Ni kes masa interview gi shopping around interview kat 4-5 tempat lain. Pas tu tunggu sapa bagi offer paling best. Aku ingat la orang cam ni patutnya kita lelong je kat Uptown ke downtown ke macam dalam cerita P.Ramlee Ali Baba Bujang Lapuk. Pas tu semua potential employer buat bidding. Sapa letak harga paling tinggi dia boleh heret itu candidate bawak balik opis. Leher dia org kena ikat ngan tali senang sikit nak heret. Takpun di zaman canggih AF ni, kita buat style undian sms pun ok gak!
Aku harap sangatlah ada hendaknya bebudak zaman ni baca apa yang aku tulis ni. Baru pegang diploma or degree, janganlah ingat korang hebat sangat! Hidup ini bukan untuk berlibur dengan kekawan kat Starbuck, Coffee Bean dan cafe sewaktu dengannya (yang sengkek sikit maybe kat Mamak Ali Maju, Pelita, McCurry dsb....), mahupun lepak layan FB je........
Pencarian ilmu tidak berakhir di IPT sahaja, itu hanyalah permulaan untuk sebuah perjalanan yang lebih jauh penuh onak duri, ranjau, bukit bukau, parit, longkang dan macam-macam lagi. Ada sebab kenapa ekonomi berputar setiap beberapa tahun sekali. Setelah ekonomi naik tiba-tiba ia merudum! Salah satunya ialah Allah ingin menguji dan mengingatkan hambanya yang mudah leka. Masa ekonomi jatuh time tu tak ada kerja, so graduan macam korang ni nak survive terpaksa sapu je apa pun job yang ada. Masa itulah baru korang menghargai rezeki yang diberi. Time tu kalau orang bagi kerja despatch pun tak apa. Time tu orang suruh datang interview kul 9.00pagi, 6.00pagi dah standby depan pintu.
Lainlah kalau bapak korang yang empunya pejabat tu. Tapi kena ingat gak kalau pejabat tu bapak korang yang punya sekalipun belum tentu ia selamat dari tsunami ekonomi!
Ini so far cerita calon-calon pekerja. Belum lagi cerita bila dia orang mula bekerja. Lagi pening kepala. Cerita tu biar aku sambung di lain chapter.........
Renung-renungkan! Siapa kepedasan, haaaaah itu tandanya korang masih ada perasaan dan masih punya peluang untuk berubah!
Wassalam....
Era Ramly