Thursday, January 6, 2011

Tahun Baru...Harapan Baru

Banyak yang telah berlaku dalam tempoh setahun yang baru sahaja berlalu....Ujian yang maha hebat telah mengubah perjalanan hidupku.  Tatkala merasa sedih aku seringkali bertanya mengapa semua ini berlaku hingga aku lupa hikmah disebaliknya. Benar aku kehilangan segalanya namun aku lupa ada sesuatu yang baru yang Allah berikan untukku.  Dia telah membentang laluan untuk aku semakin hampir kepadaNya. Saat aku di duga saat itu aku sangat mendambakan kasihNya, Dia Maha Pencipta, Ar-Rahman, Ar-Rahim....Tidak ada yang lebih abadi selain dari kasihNya.

Sehingga saat ini aku masih gusar dan keliru akan apa yang telah berlaku. Di ambang tahun baru aku diuji lagi...silih berganti seakan tiada henti....meskipun segalanya diambila dariku...ku mohon agar Dia sentiasa di sisiku dan aku berazam untuk tidak lagi meninggalkan dia seperti yang pernah aku lakukan dulu...kerana aku sedar ketika aku susah hanya Dia - Ya Rabbi sentiasa setia di sisi.

Aku harus Kuat...aku harus Tabah...aku harus segera bangkit...mencari dan menemukan diriku kembali...kerana di hujung perjalanan ini hanya ada Dia dan aku...dan kepada Dia aku pasti kembali. Aku harus redha dengan segalanya...aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini ....dan Dia mempunyai perancangan yang terbaik untukku...

No comments:

Post a Comment